Tuesday 10 April 2012

KEM SAINS AND MATEMATIK 6.4.2012 -> 8.4.2012 :)

                                                 

                                                                 

                                                                            Assalamualaikum :)

Seperti tajuk diatas aku dan rakan-rakan yang lain pergi kem ..
selama 3 Hari 2 Malam..
MarsyaAllah :) mmg best , tapi sgt mencabar ..
kami pergi ke kem " Harap Redha" , sg pangsun , Hulu Langat :)
seperti nama kem tu, mmg kitorg sgt "redha" apabila pergi sana . Nak naik atas pun bagaikan naik gunung Everest -_-
okey, nmpk sgt menipu -,-
Tetapi mmg tinggi tempat die, dan sejuk sgt:D
Ok. ayat BM aku, ntah tah pape tah~

Kami pergi pada hari jumaat dlm pukul 3 ptang cam tu~ grak pergi sna, mengambil masa dalam 45 minit untuk smpai ke Kem tersebut.  Kami pulang pada hari Ahad selepas solat zuhur~

Pada hari jumaat , kami smpai dalam pukul 4, lpas tu , pergi ke dorm~ tempat kami "Tidur" .. Petang pukul 5.30 kitorg wat aktiviti pertama iaitu "survivor" . Eh, lupa nak bgthu , aku dapat kumpulan 2 :)
Best sgt kumpulan dgn Form 5, dapat eratkan silaturahum gitu~ haha ..
Survivor nie mksdnye, kitorg diberi tugasan untk memasak sardin yg dalam tin tu menggunakan dapur kayu~
sardin dibekalkan, Perlu mencari kayu sendiri dan menyalakan api tu . markah diambil dari segi kebersihan,kerjasama,kreativiti dan byk lagi~ (lupa laa :D )
Kitorg xmnang pun :(
sedih~ kitorg dapat saguhati je, apa-2 pun redha~ and bersyukur :) Kumpulan kawan aku yg mnang, Fathiah - Kumpulan 4, Kitorg sume terpisah :( .. haha .
pemenang ckgu umumkan time last day iaitu pada hari ahad~
Malam, aktiviti kitorg "night walk" .. Best laa juga~
Ya Allah, boleh patah jari aku nak taip satu-satu aktiviti and explain kan~
Okey, aku bgthu je laa aktiviti die , okey~

Hari Jumaat ( 6.4.2012)

2.30 ptg : kitorg berkumpul di sekolah dan daftarkan nama
3.00 ptg : kitorg bertolak ke Harap Redha Camp
4.00 ptg : Taklimat Kem Komanden
4.30 ptg : Solat Asar dan selepas tu minum ptg
5.00 ptg : survivor ( mcam yg td aku terangkan :D )
6.30 ptg : Makan Malam
               Solat Maghrib/kuliah Maghrib/ Solat isyak
9.00 mlm : "Ice Breaking"/ Ucap Utama
                  JOM TEROPONG ANGKASA
- aktiviti paling best bagi aku~ dapat tgh bulan dan planet Zuhal secara live, sebenarnya ada planet marikh tapi aku xnmpk sbb slah tgk kot lagipun marikh kecil sgt, sbb Ahli Falak kata die jauh dari bumi :(
planet Zuhal paling Comel~ dengan piring die yg lawa~
MarsyaAllah, sgt lawa :D
Nanty dah besar nak beli "telescope" (betul ke eja) . Alaa, benda yg nak tgk bulan tu, insyaAllah kalu ada rezeki kan :)
               : Selepas tu aktiviti "night walk" lak
mcm biasa laa, berjalan-jalan di tgh malam~
               : Tidur
Selepas balik dari "night walk" , kitorg balik dalam kul 2.00 pg, tidur dalam pukul 2.15 
bangun pukul 5.30 pgi , mmg best kan -_- Biasa laa "lumrah" pergi ke Kem :D


Hari Selasa ( 7.4.2012)

5.30 ptg : Persiapan diri/Solat Subuh/ Kulian Subuh .
          Seriusly, sejuk gler pagi-2 , sume tidur je~
7.00 ptg : Senama Pagi & Sarapan Pagi
8.00ptg  : "Jungle Trekking"
Aktiviti paling mencabar kan~ mcam nak patah kaki aku , daki bukit tu, seperti aku ckp mcm                                mendaki gunung Everest je -_- And kitorg diberi tugasan untuk mencari 5 Daun yg berlainan bentuk dan size . dan menyenaraikan ciri-2 Daun tersebut :D
1.30 ptg : Makan tengahari/ Persiapan diri/ Solat Zuhur
3.00 ptg : Bengkel Math SPM ~
Seriusly, Penceramah Jemputan, Ckgu Venn , kalau xslap dari ilmu studio kot .
Beliau ajar teknik Math, sgt Best~ mudah difahami :D
4.30 ptg : Minum ptg and solat asar
5.00 ptg : Perbincangan dalam kumpulan
Kami diberi pilihan untuk membuat persembahan kumpulan, drama, menyanyi,pantun, sajak dan byk lagi~kumpulan aku pilih Drama Muzikal~ Mesti bertemakan , "Pemeliharaan dan Pemuliharaan Alam Sekitar" . Lagu, kitorg amik lagu "Kau ilhamku" tukar ke "Kau Alamku" . Lirik lagu dah hilang :'( . haha .. Persembahan mesti dibuat dalam 10 minit , sbnarye 15 minit tapi dipendekkan sbb nty smpai esk pg pun xhabis lagi persembahan ye :D
6.30 ptg : Solat Maghrib/kulian Maghrib/ Solat Isyak
9.00 mlm : Persembahan Kumpulan
Undi-  kitorg kumpulan ke-5 buat persembahan~
11.00 mlm : Barbeque/Minum Malam
macam biasa laa, makan ayam sume tu :D
11.30 mlm : Tidur~
Tambahan : kitorg kena "denda" disebabkan ada kumpulan xjga barang amanah(telur) , kena rendam dalam kolam yg teramat laa sejuk~ aku xmsuk, sbb xberapa sihat :) Kesian tgkk diorg :(


Hari Jumaat (8.4.2012)

5.30 pg : Persiapan diri/Solat Subuh/ Kuliah Subuh
Hampir kesemua budak perempuan lepas solat Subuh, tidur~ dah laa sejuk , and disbbkan kesakitan"jungle trekking" msih terasa, semua tidur~ sakit gler kaki aku~ :(
7.00 pg : Senaman Pagi
Senaman Pagi dibatalkan sbb ramai yang sakit kaki dan tak sihat~ :D
8.00 pg : Sarapan Pagi
8.30 pg : Bengkel Sc SPM :)
10.30 pg : Minum Pagi
Ckgu bagi maggi dalam cup tu, aku xthu knapa, aku makan dah nak habis~ pastu terus ....
muntah~ -_- knapa ? Ntah laa .. *tgh berfikir knapa jd mcm tu *
11.30 pg : Majlis Perasmian Penutup .
Ckgu menjemput pihak PIBG untk merasmikan majlis penutupan ..
tu yg dapat hamper kecil .. Smpai hari ini, xdpt pun isi hamper tu =.= mna hamper tu hilang :(

Maaf! kualiti gambar amat tidak memuaskan , disebbkan
aku "meng-download" gmbr dari kumpulan lain yg dimuat turun di Facebook
Harap Maaf!! :D




12.30 pg : Makan tengahari
1.30 tgh : Solat Zuhur
2.00 ptg : Bertolak ke SMK DAR
Kami gerak awal dalam kul 1.30 tgh , so xsolat zuhur berjemaah :)



p/s : Aktiviti tersebut hanyalaa rancangan sahaja, masa tidak tepat . Aktiviti die mmg tepat :D


THE END~
Thanks, As'salam :)